
angelasiban029911
5 tahun
SAkit belakang seperti ditusuk
Saya wanita umur dalam 20-an dan semenjak bangun tidur pagi tadi…tiba tiba bahagian belakang atas kri saya terasa sangat sakit sampaikan susah untuk melakukan aktivti seharian…sudah berurut tetapi masih sakit…untk pengetahuan doktor saya juga datang haid…apakah punca sakit belakang saya…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belakang yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan/kekejangan otot belakang
- Kecederaan saraf atau otot bahu
- Perubahan hormon - walaupun jarang menyebabkan sakit belakang, namun ia boleh berlaku dalam sesetengah kes
- Masalah cakera (disc) tulang belakang - seperti “slipped disc”
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.