Sulit
2 tahun
Sakit dada selepas sebulan covid
Salam doktor. Saya mengalami sakit dada selepas hampir sebulan positif covid. Sakit dada ini baru sahaja terjadi. Saya tidak mengalami sesak nafas atau simptom lain dan saya punya bacaan spo normal 98-99 dan nadi juga normal, suhu juga normal. Adakah ini yg dinamakan sebagai post covid? Adakah ia normal atau apa patut saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan paru-paru (pneumonia)
- Masalah jantung
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
Sila berjumpa dengan doktor segera jika anda mempunyai gejala ini:
- Pitam
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Sakit mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini