Sulit
6 tahun
Sakit dada , tak sedap badan, batuk
Sy wanita berumur 29 tahun. Sy sedang mengalami masalah batuk berkahak, dada terasa sempit, badan berangin, dan juga sakit sakit sendi. Sy tiada sejarah travel. Sy cuma keluar ke hospital Putrajaya atas masalah mata sy pada 15 March. Hari Selasa 17 March sy mula terasa letih dan sakit dada sehingga hari ni.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19).
Selain jangkitan COVID-19, sakit dada, batuk, dan sakit sendi boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain seperti:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Acute Rheumatic fever
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































