
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian atas tulang di leher
Doctor sejak 3 hari ni saya rasa tegang dileher dan juga di bahagian depan leher di atas tulang tu.saya jugak rasa macam sempit je bila nak telan kenapa ya

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada otak (meningitis) yang lazimnya ada demam tinggi
- ketegangan otot terutamanya bekerja di hadapan komputer untuk jangka masa yang lama
- tersalah postur terutamanya apabila tidur
- masalah tulang belakang seperti cervical disc herniation
Bagi gejala terasa sempit ketika menelan pula boleh disebabkan perkara berikut:
- Saluran esofagus tersumbat
- Kanser esofagus
- Saluran esofagus mengecut dan tegang
- Benda asing dalam esofagus
- Esofagus terluka
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih