
Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian bawah perut dan kerap kencing
Saya berusia 40 tahun, sejak 3-4 hari mengalami sakit di bahagian bawah perut…kadang sebelah kiri, kadang sebelah kanan. Semasa sakit tu macam rasa mahu kencing, selepas kencing kurang sikit sakitnya. saya juga mengalami kerap membuang air kecil lebih kurang 2-3 jam sekali tetapi tiada masalah untuk membuang air kecil ataupun air besar. Bila malam pula terasa sakit di bahagian dada sebelah kanan. Mohon penjelassan doktorOnCall.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit di bawah perut dan berkait dengan kelegaan selepas kencing boleh disebabkan oleh:
- Masalah batu di saluran kencing atau buah pinggang
- Masalah pada pundi kencing (ketumbuhan, batu dan sebagainya)
- Masalah prostat untuk lelaki
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.