Sulit

2 tahun

Sakit di bahagian dada dan belakang selepas vaksin

Saya seorang wanita berumur 16 tahun . Pada 24.08.2021 yang lalu saya telah disahkan positif covid-19 dan pada 6.09.2021 saya telah discaj . Namun , pada 30.08.2021 , saya telah mengalami sakit dada seperti menyucuk dan batuk saya masih tidak hilang . Berkemungkinan kesan sampingan covid-19 . Pada 20.09.2021 saya telah scan paru2 di klinik dan doktor kata paru2 saya tiada masalah . Pada 21.09.2021 , saya telah mengambil vaksin dose 1 dan setelah itu saya mula mengalami demam , sakit pada bahagian dada sebelah kiri dan belakang sebelah kiri bahagian atas . Saya juga rasa sakit kepala namun tidak terlalu berat dan saya juga mengalami sakit pinggang . Namun , sakit di bahagian belakang sebelah kiri di bahagian atas amat merisaukan saya kerana sebelum saya mengambil vaksin saya hanya mengalami sakit di bahagian dada . Malah , sakit itu datang ketika saya menarik nafas dalam - dalam . Apa masalah saya doktor? Adakah ini normal? Atau saya perlu berjumpa dengan doktor?

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.

Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala sakit belakang selepas divaksin yang merisaukan anda. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, kesan sampingan yang biasa dilihat selepas penerimaan vaksin Covid-19 adalah :

  • Demam
  • Mengigil
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Sakit badan
  • Sakit sendi dan otot
  • Pening
  • Cirit-birit
  • Sakit, bengkak dan kemerahan pada tempat suntikan

Gejala sakit belakang yang anda alami boleh disebabkan oleh kesan sampingan vaksin ataupun kerana posisi tidur badan yang kurang baik, kecederaan pada bahagian tersebut dan kekejangan otot. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor sekiranya masalah ini berpanjangan ataupun bertambah teruk. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

mufid-majnun-1t0XGXve5ck-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)