Sulit

2 tahun

Sakit di bahagian dada sebelah kanan dan di bahagian belakang sebelah kanan selepas vaksin

Sebelum saya menceritakan masalah saya , saya mohon maaf kerana sebelum ini saya pernah bertanya di ruangan doctoroncall namun salah memberi makluman . Makluman kali ini ialah yang benar .

Saya wanita berumur 16 tahun . Untuk pengetahuan doktor , saya pernah disahkan positif covid-19 pada 24.08.2021 dan discaj pada 3.09.2021 . Namun , saya mula mengalami sakit dada seperti menyucuk di bahagian dada bermula pada 30.08.2021 . Pada mulanya , sakit itu hanya kerap datang pada bahagian dada sebelah kiri . Namun selepas beberapa minggu , rasa sakit semakin berkurangan . Namun kebelakangan ini , saya merasa sakit di dada bahagian sebelah kanan . Pada 20.09.2021 , saya telah melakukan pemeriksaan xray paru - paru di klinik dan doktor kata paru - paru saya okay dan normal . Tetapi selepas saja mendapatkan vaksin pfizer pada 21.09.2021 , rasa sakit di bahagian dada sebelah kanan semakin kerap terasa dan apa yang lebih merisaukan saya , saya mula merasa sakit di bahagian belakang sebelah kanan atas . Sakit itu juga terasa ketika saya menarik nafas dalam . Pada hari ini , iaitu 23.09.2021 , sakit di bahagian dada mula reda namun saya masih merasa sakit di bahagian belakang sebelah kanan atas walapun ketika saya berehat . Sakit ketika menarik nafas juga sudah berkurangan . Tetapi ini tetap merisaukan saya . Untuk pengetahuan doktor juga , selepas sembuh dari covid-19 , batuk saya masih belum hilang sepenuhnya . Selepas vaksinasi , saya juga mengalami demam , sakit kepala , sakit pinggang dan sakit di bahagian dada sebelah kanan dan belakang sebelah kanan atas seperti yang saya ceritakan tadi . Apa masalah saya doktor? Adakah sakit di bahagian dada sebelah kanan saya dan belakang sebelah kanan atas itu ialah hasil dari tindak balas vaksin pfizer? Perlukah saya berjumpa dengan doktor sekali lagi untuk xray paru - paru?

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.

Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ialah bekas pesakit Covid-19 dan mengalami sakit pada bahagian dada yang kini telah reda. Namun, anda kini mengalami sakit dada pada sebelah kanan tetapi setelah x-ray diambil, anda diberitahu bahawa paru-paru anda adalah normal. Selepas mengambil vaksin pula, anda mengalami demam, sakit kepala, sakit pinggang, sakit dada sebelah kanan dan sakit belakang sebelah kanan. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, kesan sampingan vaksin yang biasa dilihat adalah :

  • Demam
  • Mengigil
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Sakit badan
  • Sakit otot dan sendi
  • Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
  • Cirit-birit

Ada kemungkinan untuk masalah sakit belakang anda disebabkan oleh kesan sampingan vaksin. Namun, gejala sakit dada sebelah kanan dan sakit belakang sebelah kanan atas boleh juga disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti :

  • Masalah batu hempedu
  • Pankreatitis
  • Pleuritis
  • Inflamasi tulang rusuk
  • Posisi tidur yang kurang baik
  • Kekejangan otot

Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda dan mendapatkan rawatan jika perlu. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda menangani masalah ini.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

ahmed-zayan-ABUWC-0a7_A-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)