diyanadia
6 tahun
Sakit di belakang kepala sebelah kanan bawah
Saya berumur 30 tahun… bru - baru ini saya ada sakit pada leher berhampiran dagu… saya pernah tanya pd doktor ia adalah kelenjar … dan pd baru2 ini juga kelenjar itu sakit… hingga telinga sy kerap gatal sgt sampai sy guna cutton but tp tak ada apa2 pun…dan pd masa yg sama kepala saya dibahagian belakang juga sakit… tapi tidak la sakit sangat… cuma tak selesa… boleh sy tahu ape punca yer doktor…terima kasih doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman
- jangkitan virus
- TB
- jangkitan telinga
Kelenjar membesar boleh menyebabkan sakit pada leher dan secara tidak lansung menyebabkan sakit dibelakang kepala.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































