
Sulit
3 tahun
Sakit di payudara sebelah kanan di bahagian tepi
Saya berumur 19 tahun dan saya tnya utk pastikan adakah berkaitan dengan bra yg dipakai ataupun sakit lain sbb saya kerap menindih payudara saat tidur. Adakah itu adalah punca

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk pengetahuan anda, sakit pada payudara boleh disebabkan oleh ‘bra’ yang terlalu ketat. Pastikan anda membeli saiz bra yang bersesuaian untuk anda. Selain itu, sakit pada payudara juga boleh berlaku secara normal sekitar waktu haid. Ini disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Namun, ada sesetengah patologi pada payudara yang boleh juga memyebabkan kesakitan. Antaranya :
- Mastitis
- Abses payudara
- Penggunaan ubat perancang
Sekiranya masalah ini berpanjangan atau dikuti simptom lain seperti kebenjolan, keluaran cecair daripada puting atau kemerahan kulit payudara, sila rujuk kepada doktor untuk bantuan lanjut. Anda boleh menghubungi doktor kami jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.