Sulit
4 tahun
Sakit di sebelah lutut
Saya wanita berumur 43 thn dan ada obesiti namun sebelum ni sy tak pernah sakit lutut atau apa tiba2 je saya mengalami sakit di bahagian lutut kiri dan menyebabkan sy tak boleh bergerak seperti biasa. Sy dh try urut pun masih sama…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit lutut yang anda alami boleh disebabkan:
- Kecederaan pada ligamen/meniskus/tendon atau otot lutut
- Osteoartritis - iaitu radang sendi lutut
- Penyakit rheumatoid artritis
- Gout
- Sakt rujukan - iaitu sakit yang berpunca dari belakang atau paha yang dirasai dilutut
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.