
Sulit
3 tahun
Sakit di sekitar perut dan pinggang serta sering pitam
wanita berusia 25 tahun dan merupakan pesakit MDD serta BPD .sedang on setraline dan quatiapine .menjadi isunya ialah saya pernah overdose ,dan sekarang pula saya tidak konsisten(2,3minggu) dengan pengambilan ubat saya .saya berhenti secara mendadak tanpa menghiraukan sebaranv kesan sampingan yang saya alami(tidak dapat tidur ,mengalami kesakitan otot) .beberapa hari ini saya mengalami sakit kepala yang berat ,sering pitam ,gelap mata dan hampir pengsan setiap kali saya bangun atau melakukan apa2 aktiviti ,yang lebih tidak menyenangkan saya mengalami sakit yang agak berat dikawasan perut dan sekitar pinggang ,juga saya mengalami masalah penghadaman serta cirit birit selepas mengambil apa2 sahaja makanan .saya tak mahu ke hospital kerana saya bimbang atau lebih mudah tidak mahu mengambil apa2 risiko jika saya mungkin mengalami masalah yang kronik ,saya mungkin tidak dapat menerima kedaan .boleh terangkan apa sebenar yang berlaku pada saya ?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada keadaan anda ini, seperti:
- Tekanan darah rendah (hipotensi)
- Hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah/badan)
- Anemia (kekurangan darah merah dalam badan)
- Masalah tiroid: Hiper atau hipotiroid
- Psikologi: Stres, kurang rehat, kemurungan ( depression ), keresahan ( anxiety )
Secara umumnya, masalah sakit perut dan sistem penghadaman anda boleh disebabkan oleh pelbagai jenis gangguan seperti:
- appendiks
- irritable bowel syndrome
- inflammatory bowel disease
- dan lain-lain
Namun ia juga boleh disebabkan oleh:
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- amalkan pemakanan sihat (untuk jangka panjang)
- dan merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu