Sulit
3 tahun
Sakit dibahagian abdomen
Saya berumur 26thn. Sya ada mngalami sakit di bhgian ‘lower abdomen’. Sya sukar bgn, dan sakit yg rsa mencucuk². Saya ada mngalami nya beberapa kli, tpi kembali pulih selepas saya menelan sebiji panadol. Adakah ini bhya? Kalau disebabkan period, saya bru shja hbis period.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- Keradang organ seperti pankreas, apendiks
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan seperti sembelit
- Masalah sengugut
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.