
Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian bawah rusuk kiri dan sakit belakang..adakala sukar untuk bernafas
Hi Doktor, seingat saya, since 30/11 saya dapat merasakan ibarat ada gelembung or something like ballon di bahagian abdomen kiri saya. Sangat tidak selesa. Diikuti sakit belakang sebelah kiri. Other simptom, saya berasa penat yang sangat penat walhal tidak berbuat apa pun.Tidak boleh duduk seperti biasa diatas kerusi rasa bahagian kiri bawah rusuk menekan nekan sehingga sukar untuk bernafas.Mudah penat. Makan tiada masalah. Memang discomfort feeling lower rib sebelah kiri. Agaknya kenapa eh Dr? Tq.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala-gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan organ dalaman (limpa, pankreas, buah pinggang, dll.)
- jangkitan kuman
- gangguan ketumbuhan yang jinak mahupun ganas
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Gangguan bernafas anda pula boleh disebabkan oleh peningkatan tekanan abdomen mahupun gangguan yang khas dari saluran pernafasan.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.