
Sulit
5 tahun
Sakit dibahagian kiri bawah perut. Berdekatan miss v
Saya wanita berumur 24thn. Sy mengalami sakit dibahagian kiri bawah perut. Apabila saya batuk ia seperti mngembang dan kecut semula . Ia sakit. Malu untuk katakan bahawa saya kerap melakukan hubungan seksual (1bulan sekali) dan juga minum alkohol (1bulan skli/2kali). Saya pernah mengalami sakit yg teramat sakit baru2 ini tapi takut untuk pergi ke klinik . Apa kemungkinan penyakit yg sy alami.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami di bahagian bawah berdekatan dengan kawasan ari-ari ini boleh disebabkan:
- Komplikasi angin pasang (hernia)
- Radang/jangkitan pundi kencing
- Masalah rahim seperti fibroid
- Kehamilan dalam/luar rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.