
Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian kiri kepala
saya kadangkala merasa sakit dibahagian kiri kepala,sakit ini bermula semasa saya tidur lewat malam dan ia nya seperti berdenyut denyut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala ini biasa berlaku dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Ianya tidak merujuk kepada masalah yang serius melaiankan sekiranya sakit kepala anda diikuti dengan gejala lain seperti:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Buat masa sekarang, saya sarankan untuk anda
Banyakkan berehat
Berhenti secara berkala dari melihat skrin seperti handphone, TV, laptop
Minum air secukupnya
Amalkan diet yang sihat
Ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.