Sulit
5 tahun
Sakit dibahagian payu dara kanan
Saya wanita brumur 41tahun, dlm masa 4hari ni payu dara kanan saya berasa sakit, bahagian belakang saya terasa mencucuk2, bahu kanan saya terasa sakit.
Apakah masalah saya doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami dan atas soalan yang ditanya.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu payudara sakit mencucuk-cucuk. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit payudara ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, seperti:
- Pembengkakan payudara akibat:
- Jangkitan pada saluran payudara
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Mastalgia
- Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

































