
Sulit
4 tahun
Sakit Dibekas Cabut Gigi
Baru baru ini saya mengalami sakit berdenyut di gusi kawasan bekas cabutan gigi bongsu (ia di cabut 5 minggu lepas). Ianya tidak selalu berlaku, ada masa ia akan berdenyut. Tiada bau atau rasa pelik dtg dari kawasan gigi tersebut. Perlukah saya buat pemeriksaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman
- kesan sampingan ubat-ubatan
Memandangkan ini adalah masalah gigi, anda dinasihatkan untuk merujuk ke doktor gigi agar langsung dapat ditangani. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.