tashalah3010
4 tahun
Sakit gigi dan gusi bengkak
Hi, sebelum ini saya mempunyai masalah gigi berlubang… 2 bulan yang lalu, saya telah pergi ke klinik kerajaan untuk menampal gigi tersebut… Sejak kebelakangan ini, gigi yang ditampal tersebut rasa sakit… Kesakitan utama adalah digusi… Adakah saya perlu mencabut gigi tersebut? Terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit gusi ini mempunyai banyak punca. Namun, gigi dan gusi bukan kepakaran kita tetapi ianya ialah kepakaran Doktor Gigi (Dentist).
Anda disarankan untuk mengunjungi klinik doktor gigi yang anda dapati tampalan gigi tersebut. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.