
cikgueira89
4 tahun
Sakit gigi di bahagian gigi yang tiada lubang dan telah ditampal
Saya wanita berumur 30tahun dan sejak sehari yang lepas gigi saya berasa sakit berdenyut-denyut sedangkan itu bahagian gigi yang telah lama ditampal. Tiada lubang pada gigi tersebut kerana telah ditampal lama semasa saya belasan tahun. Tetapi mengapa sekarang bahagian itu sakit? Bila saya tekan bahagian gigi itu, memang sakit. Saya tidak pasti sakit itu dari gigi atau gusi. Yang pasti gugi tersebut tidak pernah sakit sebelum ini sebab telah ditampal.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh dari jangkitan kuman merebak di gusi dan gigi.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor atau doktor gigi dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Doktor akan memeriksa mulut serta badan anda dan rawatan yang terbaik dan sesuai akan diberi kepada anda. Ubat tahan sakit dan antibiotik juga boleh diberi mengikut keadaan gusi anda.
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan. Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan mulut dan gigi untuk mengelakkan masalah ini dari berlaku lagi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor gigi untuk memeriksa mulut dan gigi anda sekurang-kurangnya setahun sekali. Anda juga harus memberus gigi serta menggunakan flos seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Cecair pembersih mulut juga boleh membantu menjaga kebersihan mulut dan gigi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.