Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit gigi di bahagian kiri dan kerongkong kiri

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 22, 2020 11:55 AM

Sulit 6 bulan

Hallo doct. Nak tanya , saya sering alami sakit gigi di gigi kiri & 4 hari berturut saya dah alami sakit gigi di bahagian kiri , sakit pipi di bahagian kiri & kerongkong kiri saya pun sakit. Nak buka mulut pun susah , saya nak telan & makan pun sakit. Kenapa ya? Selalu terjadi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 6 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit gigi memerlukan pemeriksaan oleh doktor gigi untuk mengetahui rawatan yang diperlukan oleh pesakit kerana gejala yang dihadapi pesakit, kawasan gigi yang terjejas dan pelbagai faktor lain akan mempengaruhi pilihan rawatan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi. Hal ini kerana bidang pergigian adalah berbeza dengan bidang perubata,

Selain itu, untuk masalah sakit tekak, ianya boleh disebabkan oleh:

  • Jangkitan bakteria/virus

  • Tekak luka akibat batuk

  • Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam

  • Terlalu banyak menjerit atau bercakap

  • Kurang minum air

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri May 22 2020 11:55:34 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Am tentang sakit tekak secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sakit Tekak & Kahak Sy berumur 35thn. br melahirkan secara czer 5bln yg lps. sy mempunyai anemia, berat badan berlebihan & gastrik. kebelakangan ini sy mempunyai kahak yang banyak dan sakit tekak untuk menelan air … Baca lagi...
28 hari
Sulit
Sakit tekak tapi kering tiada kahak dan ianya berlanjutan selama beberapa hari saja, tak sampai seminggu Saya berumur 47 thn.dan ada penyakit darah tinggi, penyakit buah pinggang dan SLE. Saya mudah dijangkiti sekiranya ahli keluarga ada batuk atau demam. Soalan saya, adakah sakit tekak kering sala… Baca lagi...
37 hari
Sulit
Tekak perit,hidung panas dan sakit badan saya umur 16 tahun,sejak 2 hari lepas saya rasa hidung saya panas sangat dan tekak mula sakit dan esoknya masih sama, harini saya rasa makin teruk pulak tekak ni,panas hidung masa sama,sakit bel… Baca lagi...
43 hari
Sulit
Radang terongkongan dan hipertiroid Sy wanita 21 tahun yang sdg mngalami hipertiroid…sy risau dgn keadaan sy saat ini.Pnyakit hipertiroid memang ada kaitan ke dengan radang terongkongan? Baca lagi...
58 hari
Sulit
Sakit tekak semasa menelan makanan atau air liur selamat malam doc saya lelaki 23tahun saya ingin bertanya sebab sekarang saya under quarantine untuk covid19 ok soalan saya sekarang tekak saya sakit kerana sebelum ini saya selesema tekak saya … Baca lagi...
14 hari
3% cashback untuk setiap pembelian!