
Sulit
4 tahun
Sakit gigi pd bhgn tampalan
Assalam doc, pd bln 10 yg lps saya telah buat tampalan gigi di gigi belah kanan belakang. Slps tampal saya tak rasa sakit sbb ini kali kedua saya tampal sbb tampalan yg dahulu telah tercabut. Tapi sejak kelmarin. Bila saya mengunyah makanan, dia mula rasa sakit pd gigi yg kena tampal tu. Tetapi dh hilang balik setelah selesai mkn. Tapi mlm tadi, masa saya mkn nasi, dia rasa sakit masa saya mengunyah mknn tp saya anggap ok sbb ingatkan sakit tu akn hilang slps selesai mkn. Tapi elok saya habis mkn tiba2 sakit pd gigi tu tak hilang dan makin lama rasa berdenyut2. Sakit mcm waktu first2 saya kena tmpl gigi yg berlubang. Smpi skrg pagi ni , saya tak boleh nk gigit gigi belah kanan sbb akan terasa sakit yg amat pd bhgn gigi tu. Mksudnya apa ya doc? Adakah perlu dicabut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda masih mengalami masalah sakit gigi tersebut:
- Tampalan yang tidak kemas
- Masalah pada saraf gigi anda
- Jangkitan pada gusi
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Ini hanyalah pandangan kami secara am. Anda perlu berjumpa dengan doktor gigi anda untuk mengetahui puncanya, sama ada gigi tersebut perlu dicabut ataupun rawatan lanjut perlu dilakukan.
Sekiranya perkara tersebut mengganggu anda, anda boleh mengambil ubat tahan sakit sementara menunggu masa untuk berjumpa dengan doktor gigi anda. Sila pergi ke klinik atau membuat janji temu baru bersama klinik gigi yang anda pergi membuat rawatan sebelumnya.
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada doktor kami. Terima kasih.