
Sulit
3 tahun
Sakit gusi dan gigi selepas dicabut serta terdapat tompokan hitam di gusi
Saya wanita berumur 25 tahun. pada 1/6 saya telah mencabut gigi kerana terlampau sakit sehingga mengganggu tidur dan makan saya. Sakit bermula di gigi dan membawa ke telinga dan mata. Seminggu sebelum mencabut gigitelah makan ubat antibiotik tapi tiada kesan. Saya mencabut gigi saya dalam keadaan tiada rasa ubat bius. Sehingga 4/6 saya masih lagi terasa nyeri di gigi bersebelahan dengan gigi yang dicabut dan gusi pada gigi yang telah dicabut dan saya dapati gusi tersebut ada sedikit warna hitam. Saya juga telah makan ubat antibiotik sehingga 4/6 tapi tiada kesan. Saya juga masih terasa skit di bahagian mata dan telinga selepas mencabut gigi. Soalan saya, kenapa keadaan ini boleh berlaku? Macam mana untuk mengurangkan rasa nyeri di bahagian gusi yang sakit? Normalkah terjadinya sedikit tompokan hitam di gusi yang dicabut? Apakah kaedah rawatan yang sesuai?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini harus dirujuk dengan doktor pakar gigi. Kami tidak dapat untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini kerana ianya di luar bidang kepakaran kami.
Disarankan untuk anda segera ke klinik gigi untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.