Sulit
2 tahun
Sakit iskemia jantung
saya lelaki berusia 44 tahun, mempunyai penyakit iskemia jantung, gout, darah tinggi dan kolestrol tinggi… saya sering berasa kurang sehat dan menunggu giliran untuk pembedahan, bagaimana ka saya mengawal rasa kurang sehat saya ini? terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Memandangkan anda sedang menunggu giliran untuk pembedahan, beberapa langkah yang perlu dititikberatkan adalah:
- Mengikuti segala nasihat doktor mengenai ubat atau gaya hidup (pemakanan, aktiviti yang dianjurkan)
- Melakukan perbincangan bersama doktor
- Memastikan kondisi/masalah kesihatan yang lain terkawal dengan baik
- Berjumpa dengan doktor jika anda mengalami gejala seperti:
- mudah letih
- pitam
- sesak nafas
- lemah separuh badan
- sakit dada
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!