Sulit
2 tahun
Sakit kaki tulang warga emas berumur 65 tahun
Ibu saya sakit kaki tulang baru 2 hari. Soalan saya jenama susu apa yang sesuai untuk ibu saya minum selain daripada anlene. Susu anlene ibu saya ciret tak sesuai
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, ibu anda mengalami masalah sakit tulang kaki sejak 2 hari yang lalu. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- Otot kejang / muscle spasm
- Kekurangan diet seimbang
- Berdiri terlalu lama
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera , seperti:
- Trauma/ kecederaan/kemalangan
- Masalah saraf
- Osteoartritis
- Artritis reumatoid
- Gout
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.