
s_ya_7
6 tahun
Sakit kepala berdenyut sebelah kanan
As Salam Doc,
Beberapa hari ini sy berasa sakit di kepala sebelah kanan, mata kanan sehingga ke leher. Jarang skali sakit kepala. Ingin tau penyebab & cara mengatasi nya. Adakah kerana stress, salah mkn atau sbgainya. Tks doc

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas persoalan anda. Saya berharap anda berada dalam keadaan yang baik.
Untuk menjawab soalan anda tentang sakit kepala anda, ia boleh disebabkan oleh silau atau migrain. Silau boleh menyebabkan sakit kepala hingga ke bahagian mata tetapi ia tidak berdenyut- denyut tetapi migrain boleh menyebabkan sakit kepala yang berdenyut- denyut.
Terdapat 3 jenis migrain, iaitu, migrain tanpa aura, migrain dengan aura dan aura migrain tanpa sakit kepala. Migrain tanpa aura adalah sakit kepala tanpa simptom manakala migrain dengan aura adalah kita dapat merasakan simptom sebelum serangan migrain. Aura migrain tanpa sakit kepala adalah penghidap boleh merasakan simptom lain tanpa diiringi sakit kepala. Migrain boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor genetik atau faktor persekitaran.
Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah direka untuk merawat serta mencegah episod migrain. Ubat migrain seperti Aspirin atau ibuprofen boleh membantu melegakan migrain ringan. Selain aspirin, triptans juga boleh digunakan untuk merawat migrain.Sila berjumpa doktor jika sakit kepala anda berlarutan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih