
Sulit
3 tahun
Sakit kepala berterusan setiap hari selama 2 minggu selepas dose vaksin pertama
salam sejahtera doktor , saya berumur 30 baru menerima vaksin sinovac dose pertama pada 28/7 … saya ingin bertanya , saya mengalami sakit kepala seperti migraine dan random chest pain setiap hari berterusan dr dose pertama saya 28/7 hingga ke hari ni 7/8 … saya ada bertanya dgn kawan2 sy adakah mereka ada terima sakit yg sama seperti sy … mereka ckp mereka hanya sakit kepala 3 atau 4 hari sahaja … adakah sakit ini normal ? apa patut sy buat untuk dose yg kedua nanti ? 5 hari lepas tekak sy tiba2 rasa sempit dan kembang selepas makan sotong , rasa tidak selesa sehingga hari ni … minta doktor beri pendapat . terima kasih byk .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, Sakit kepala dan jantung berdebar adalah kesan sampingan umum untuk vaksin covid. Biasanya ia akan menyembuh dalam jangka sekurangnya 1 minggu, sekiranya gejala anda berpanjang atau sukar dikawal, sila menghubungi jabatan berkaitan KKM untuk mendapatkan bantuan.
Selain itu, anda juga perlu memberitahu ahli kesihatan di pusat vaksinasi anda hadiri bahawa kesan anda selepas dos pertama supaya rancangan untuk dos kedua anda dapat diaturkan.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini