Sulit
3 tahun
Sakit kepala dan kebas tangan
Hi, saya berumur 26 tahun dan memakai cermin mata. Saya selalu sakit kepala di bahagian dahi dan kebas tangan pada masa yang sama. Namun sakit kepala dan rasa kebas tersebut akan hilang dengan sendiri dalam tempoh 3-4 jam kemudian tanpa mengambil apa2 ubat. Yang peliknya bila sakit kepala, penglihatan saya menjadi lagi jelas daripada biasa dan mata akan jadi berair. Saya cuma rasa kebas tangan belah kiri bila sakit kepala datang menyerang dan saya seorang yang right-handed.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala anda boleh disebabkan:
- Sakit kepala tegang - akibat stres
- Migrain
- Tekanan darah tinggi
- Pendarahan dalam kepala
- Jangkitan kuman dalam kepala
Gejala kebas tangan dan kaki anda boleh berkait dengan sakit kepala anda ataupun tidak dan ia boleh disebabkan seperti:
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Penyakit kencing manis
- Anemia - kurang sel darah merah
- Kesan pada otak - seperti jangkitan kuman/pendarahan kerana struktur otak juga mengawal deria pada tangan dan kaki
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.