
Sulit
5 tahun
Sakit kepala dan sakit tekak sedikit batuk ringan
saya wanita berumur 36 thn… baru 16 hri berpantang dan bersalin secara ceaserian. 3 hari yg lepas, satu mjlis tahnik utk baby saya diadakan disurau berdekatan rumah sy. slps mjlis tersebut, sy dimaklumkn kkm sdg menjejak 5k perserta ijtimak tabligh.
sewaktu mjlis tahnik tersebut, terdapat 3 peserta tabligh ( tp tak pasti mereka menyertai ijtimak tersebut atau tidak). sy tidak berhadapn secara terus dgn org tabligh tersebut. akan tetapi, suami sy mkn bersebelahan dgn slh seorg ahli tabligh tersebu. mlm td, sy mula mengalami perit tekak dan batuk ringan. perkara ini mendatangkn kerisauan pd sy. perlukah sy mnjanali ujian covid19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Keperluan untuk anda mendapatkan ujian COVID-19 bergantung kepada risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk pengetahuan anda, hospital kerajaan hanya akan melakukan ujian COVID-19 kepada individu yang berisiko tinggi serta memenuhi kriteria. Namun begitu, kami ada menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Buat masa sekarang anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegaha berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Diharap jawapan saya sedikit sebanyak membantu anda dan terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini