Sulit
3 tahun
Sakit kepala dan tekak
Saya wanit berumur 31 tahun dan pesakit darah tinggi. Saya sudah 2 hari mengalami sakit kepala dan sakit tekak. Tekak saya rasa pahit berpanjangan. Dan saya juga dah hampir seminggu hidung tersumbat. Adakah ini simptom sakit daraj tinggi saya atau sakit lain
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah:
- Sinusitis
- Allergic rhinitis
- Migrain
- Jangkitan tonsil
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.