Khabib

7 tahun

Sakit kepala dengan kaki kebas bila bangun pagi

Hi…
Saya nak tanya pendapat doktor…
Saya sakit kepala…sakit yang saya tak dapat nak describe macam mana…
Kadang2 tak perlu ubat,dia hilang sendiri…
Kadang2 bangun je pagi,sakit kepala…
Kaki saya selalu sangat kebas…
Tangan saya jugak…
Tapi sebelah je la…takde la dua2 tangan dengan dua2 kaki…
Kadang2 saya akan pening sampai rasa nak muntah…
Makin lama makin teruk sakit kepala sampai la saya terpaksa makan panadol setiap dua jam…

Jadi apa pendapat doctor?

Hi, terima kasih atas soalan anda.

Sakit kepala boleh diklasifikasikan dalam due jenis mengikuti punca sebabnya, iaitu sakit kepala primari dan secondari. Sakit kepala primari tidak disebabkan oleh punca lain, contohnya migrain, sakit kepala ketegangan dan sakit kepala kluster. Bagi sakit kepala sekondari pula, sakit kepala berpunca daripada masalah kesihatan seperti sinusitis, trauma, meningitis, tumor dan sesetengah ubat-ubatan yang anda ambil.

Pada pendapat saya, deskripsi sakit kepala anda berkemungkinan disebabkan oleh migrain. Migrain juga boleh menyebabkan kepeningan, muntah yang teruk, sangat sensitif terhadap bunyi dan cahaya. Ini merupakan deskripsi yang klasik dalam golong pesakit migrain. Dalam sesetengah golongan pesakit migrain, mereka mendapat kebas kaki di sebelah sahaja. Ini berkemungkinana disebabkan oleh gangguan saraf dalam otak yang memyebabkan simptom sebegini.

Sebelum berjumpa dengan doktor anda, sila membuat diari sakit kepala yang dapat merekodkan permulaan, durasi dan kemajuan sakit kepala anda. Diari ini dapat membantu doktor anda mencari punca sakit kepala. Secara umunya, sakit kepala primari mempunyai pencetus sakit kepala yang dapat diramal, corak yang stabil dan individu tersebut adalah baik di antara episod sakit kepala.

Hello. Terima kasih atas soalan anda. Sakit kepala adalah salah satu daripada aduan paling kerap yang disampaikan kepada doktor di seluruh dunia. Terdapat beberapa klasifikasi sakit kepala, iaitu yang primer dan sekunder. Sakit kepala primer adalah idiopatik, yang bermaksud penyebabnya tidak diketahui. Sebagai contoh, migrain dan sakit kepala tension. Sakit kepala sekunder biasanya merupakan tanda masalah organ, seperti tumor otak atau tekanan darah tinggi menyebabkan saluran darah pecah di dalam otak.

Bagi saya, saya memerlukan maklumat terperinci tentang sakit kepala seperti lokasi, adakah sebelah sahaja, tahap kesakitan, sifat kesakitan seperti menusuk atau berdenyut-denyut dan gejala-gejala lain seperti loya dan muntah, sensitiviti yang meningkat kepada bau, cahaya atau bunyi dan tempoh lama sakit kepala itu bertahan. Sakit kepala migraine boleh menjadi sangat sakit kerana oksigen tidak mencukupi di dalam otak. Pesakit migraine juga akan mengalami sensitiviti terhadap bunyi, bau ataupun cahaya yang terang.

Dr Ramzdhan,

7 tahun

Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan. Meskipun sakit kepala adalah salah satu masalah yang kerap berlaku dan jarang menyebabkan mudarat yang teruk, sakit kepala tidak boleh dipandang remeh.

Berikut saya kongsikan tanda-tanda sakit kepala yang memerlukan rawatan segera.

  • Kesakitan terlalu teruk dan berlaku pertama kali dalam hidup anda.
  • Semakin kerap dan kesakitan semakin bertambah
  • Berlaku tiba-tiba, maksimum kesakitan dirasakan selama seminit hingga satu jam. Dipanggil “thunderclap headache”
  • Berlaku selepas melakukan senaman, aktiviti lasak atau selepas melakukan hubungan seksual
    Disebabkan oleh perbuatan seperti batuk atau bersin
  • Sakit kepala yang berubah
  • Menyebabkan anda terjaga dari tidur
  • Berfokus pada bahagian hadapan atau belakang kepala sahaja.
  • Sekiranya sakit kepala tersebut turut dialami bersama sakit tengkuk, muntah-muntah, menyebabkan berlakunya perubahan personaliti, mengakibatkan pengsan, sakit mata, sawan atau mengalami masalah lemah pada anggota seperti tangan dan kaki.

Dari apa yang anda ceritakan, anda telah kerap mengalami sakit kepala, sakit tersebut semakin teruk dan anda perlu mengambil Panadol setiap 2 jam. Untuk mengenal pasti punca sakit kepala anda, anda dinasihati agar mendapatkan nasihat doktor.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)