Anonymous
6 tahun
Sakit kepala,kebas kaki tangan
Saya berusia 30an…sekarang ni saya rasa selalu sakit kepala…pening…selain daripada itu saya selalu rasa kebas kaki dan tangan…apa punca dan sebab itu berlaku dari segi perubatan…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala anda boleh disebabkan:
- Sakit kepala tegang - akibat stes
- Migrain
- Tekanan darah tinggi
- Pendarahan dalam kepala
- Jangkitan kuman dalam kepala
Gejala kebas tangan dan kaki anda boleh berkait dengan sakit kepala anda ataupun tidak dan ia boleh disebabkan seperti:
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Penyakit kencing manis
- Anemia - kurang sel darah merah
- Kesan pada otak - seperti jangkitan kuman/pendarahan kerana struktur otak juga mengawal deria pada tangan dan kaki
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































