
girlybella90
5 tahun
Sakit kepala lebih 3 hari
Hello saya bella, 18 tahun. harini sakit kepala saya genap 6 hari saya sakit kepala. saya sakit kepala berdenyut pada sebelah bahagian sahaja, kadang2 kedua dua belah. sakit kepala buat saya rasa pening dan rasa hendak muntah. boleh terangkan kenapa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala dan gejala lain yang anda alami boleh disebabkan:
- Migrain
- Ketidak-stabilan hormon - sindrom pra-menstruasi atau ovulasi
- Sakit kepala tegang - sakit kepala yang biasa dialami kebanyakkan orang
- Masalah mata seperti rabun
- Jangkitan dalam kepala
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.