Sulit
3 tahun
Sakit kepala leher dan telinga kiri
Assalammualaikum dr. Saya merasa sakit kepala di bahagian kiri terutamanya di tepi dan atas kepala. Tulang pipi kiri saya juga terasa sakit apabila ditekan. Telinga rasa tidak selesa sekan panas dan leher kiri saya sakit apabila berpaling ke kanan. Tekan juga rasa tidak selesa apabila menelan air liur. Semua ini di bahagian kiri. Tiada demam. Hidung juga terasa tersumbat di sebelah kiri. Sebelum ini saya pernah merasakan seperti air yg turun di dalam hidung apabila tunduk. Membuatkan hidung sukar bernafas dan pedih. Apa punca dan rawatan boleh saya dapatkan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala anda boleh disebabkan:
- Migrain - pencetusnya boleh disebabkan kafein, coklat, keju, makanan bergula tinggi
- Sakit kepala tegang - akibat stres
- Jangkitan sinus kiri
- Jangkitan telinga
- Sindrom Pra-menstruasi
- Kesan ubat seperti pil perancang
- Tekanan darah tinggi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.