Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit kepala makan/minum manis

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: November 17, 2021 12:29 PM

Sulit 2 bulan

Hi, saya wanita berusia 25 tahun. Sejak saya berusia 20 tahun, saya kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis. Contoh saya sangat jarang minum minuman bergula. Tapi saya juga tidak pasti sejak bila, setiap kali saya makan atau minum makanan yang terlalu manis saya akan pening kepala. Adakah saya perlu berjumpa doctor?

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, pengambilan gula boleh menyebabkan yang berlebihan boleh menyebabkan gejala ini berlaku. Selain itu, gejala ini mudah terjadi kepada pesakit yang menghidapi penyakit diabetes. Apabila pesakit diabetes memakan sesuatu yang manis, ia boleh mencetuskan sakit kepala. Makanan manis menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah secara tiba-tiba yang melepaskan insulin. Insulin meningkatkan penyerapan gula ke dalam sel, yang boleh menyebabkan hipoglikemia. Keadaan ini menyebabkan peleburan saluran darah di dalam otak, seterusnya mencetuskan sakit kepala.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Wed Nov 17 2021 12:29:08 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar tentang kesihatan am secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19