Anonymous
6 tahun
Sakit kepala/ migraine
Hai dr… Sy wanita berumur 20 tahun Dr saya nak tanya berkenaan tulang rusuk di bahagian kanan saya tetiba sakit… Dan kesakitan ini dah berlarutan selama 1 minggu… Saya juga mengalami migraine yang berterusan walaupun sudah mengambil ubat yg telah diberi oleh dr sebelum ini . Akhir² ini kesihatan sy tidak berapa baik… Tq
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada pada bahagian kanan boleh disebabkan:
- Kekejangan otot
- Perubahan hormon - seperti Sindrom Pra-menstruasi juga boleh menyebabkan sakit kepala
- Radang tulang rusuk
- Kayap
- Jangkitan paru-paru
- Radang hempedu
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































