
Sulit
4 tahun
Sakit kepala, muntah, sakit bahagian bahu
Selamat sejahtera, sy berusia 21thn mgalami sakit kepala y mana sblm nj bahu sy tersa sakit. Semalam sy sakit kepala n pengsan seketika (housemate bgtau) tp tersedar balik bila dikejutkn housemate. Hari ni kepala masih sakit dan muntah.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit bahu yang berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sindrom tendonopati iaitu kelainan rasa sakit dan biasanya bengkak pada tendon bahu akibat penggunaan berlebihan yang timbul terutamanya saat mengangkat barang atau beban
- Subacromial bursitis keradangan bursa bahu. Bursa adalah merupakan kantung cairan yang berfungsi seperti kusyen diantara tulang bahu
- Adhesive capsulitis adalah keradangan kapsul bahu iaitu sejenis tisu yang membungkus daerah bahu
Memandangkan sakit semakin bertambah, seeloknya anda merujuk doktor sebelum sakit memburuk dan mengaggu aktiviti harian anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.