
Sulit
5 tahun
Sakit kepala, pandangan kelam, dan telinga berdesing
Saya gadis berumur 17 tahun. Saya selalu mengalami sakit kepala. Oleh itu, kadangkala saya akan mengalami sakit kepala dan akan mengalami pandangan kelam dan menjadi hitam secara tetiba… Malah, kadangkala, saya akan mengalami ketiga-tiga masalah tersebut secara serentak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Meniere’s disease yaitu penyakit telinga dalam
- Otosklerosis ketumbuhan tulang abnormal di telinga tengah
- Noice induced hearing loss kehilangan pendengaran akibat bunyi bising
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.