Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit Kepala , Resdung dan luka dalam hidung

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Oktober 17, 2020 12:39 PM

Sulit 5 hari

Saya seorang lelaki beumur 22 tahun , saya sering sakit kepala , hidung rasa tersumbat . saya telah berjumpa doktor dan disahkan ada luka dalam hidung. Soalan saya adakah sakit kepala yang saya alami disebabkan daripada resdung saya atau sebaliknya? Saya suda memakan ubat loratadine. Adakah resdung saya akan pulih dan sakit kepala akan hilang dengan memakan ubat ini? mohon pencerahan

Dr Sashini Seeni 5 hari
General Practitioner

Hai dan selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Berdasarkan keterangan anda, kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi iaitu sering sakit kepala dan hidung rasa tersumbat.Untuk makluman anda, terdapat beberapa gejala radang sinus (resdung), antaranya ialah:

  • Hidung tersumbat
  • Batuk
  • Sakit kepala atau muka
  • Jerawat pada muka
  • Selsema berpanjangan
  • Hidung berbau busuk
  • Demam
  • Letih dan lesu
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Batuk teruk pada waktu malam

Resdung anda akan pulih setelah mendapatkan rawatan. Dapatkan nasihat doktor di klinik atau hospital terlebih dahulu. Gejala resdung dapat dikurangkan dengan cara:

  • Rehat yang cukup
  • Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
  • Makan ubat penahan sakit ( panadol)
  • Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
  • Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.

Bagi radang sinus kronik, Rawatan berikut amat membantu:

  • Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
  • Penggunaan Antihistamin dalam jangka masa panjang
  • Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.

Tambahan pula, loratadine merupakan sejenis ubat dari kategori antihistamin yang dapat mengatasi gejala alergi seperti selsema, bersin-bersin, hidung tersumbat, dan ruam kulit yang terasa gatal.

Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Dikemaskini pada: Sat Oct 17 2020 12:39:13 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Dalaman tentang sakit kepala secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sakit bahagian belakang kepala SAYA REMAJA BERUMUR 22 TAHUN.Selalunya org yg sakit kepala akan merasa pening dkat mata atau berdenyut bhgian urat2 bhgiaan kiri kanan dahi. Saya jarang sakit kepala. dalam sebulan kemungkinan h… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Sakit Kepala , Sakit Perut dan Hilang Selera Makan GF SAYA HILANG SELERA MAKAN DAN MENGALAMI SAKIT KEPALA YANG BERTERUSAN DAN SAKIT PERUT BERTERUSAN…PERUT GF SAYA MENEKAN SECARA TIBA2 DAN MEMBUAT SELERA MAKAN HILANG…SAKIT KEPALA PULA SAKIT DI BA… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Sakit kepala dan benjol Kepala kadang kala benjol dan sakit. pernah warded tahun 2017/2016 tapi dr takdapat sahkan sakit apa cuma cakap penggunaan syampoo tak sesuai. start bulan lepas jadi balik. ke klinik dan dr cuma… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Kerap pening dan ada tompokkan darah walaupun tidak period Saya 27y dlm smggu ni sy kerap pening kepala ats dan tepi sbelah kiri, dlm mase yg same ad tompokan darah walaupon sy belum dlm tempoh period. Kalau nk diikutkan mgu ni adalah date yg betul tp d… Baca lagi...
32 jam
Sulit
Sakit kepala bila menunduk Hai . Selamat pgi doc. Saya berumur 21 tahun, perempuan. Sya mahu tnya, kenapa setiap kali sya tunduk mcm masa menyapu, kepala sya akn terasa sakit sakit, sakit tu bermula dri batang hidung teng… Baca lagi...
19 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!