Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit kepala saya jadi lebih teruk nowadays

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 31, 2020 1:18 AM

Sulit 39 hari

Doktor, saya umur 19, saya sakit kepala dari saya umur 16 and buat research and I guess it’s tekanan darah rendah maybe… Sebab Kalau bangun je Mesti sakit sangat like suddenly macam nak pitam And now during PKPB, lagi sakit sebab online learning kan, and my left eye, vision is not clear and then okay balik, then tak okay… I was wondering, should I go check or this is just normal?

Dr Ramzdhan 39 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh:

  • Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)

  • Migrain

  • Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)

  • Sakit kepala sinus(Sinus headache)

Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:

  • Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
  • Pandangan kabur
  • Pitam
  • Sawan
  • Muntah pada waktu pagi
  • Hilang berat badan mendadak

Anda dinasihatkan untuk:

  • Kawalan stress dan emosi
  • Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
  • Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan anda untuk pemeriksaan mata
  • Banyakkan inum air putih
  • Rehat dan tidur secukupnya

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun May 31 2020 01:18:53 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Pening dan berpeluh di kepala Kepala saya sakit di sebelah kiri dan berpeluh dibahagian kepala. Kadang2 rasa rasa loya. Ia berlaku sejak bahagian kepala seblah kanan belakang saya sakit dan benjol kerana kawan saya mengetuk … Baca lagi...
30 hari
Sulit
Sakit kepala apabila rehat atau baring Apabila saya melakukan aktiviti ia tidak merasa sakit. Kepala sakit apabila saya rehat atau baring. Kepala rasa pening sngat dan rasa nak muntah. Adakah ini sebab saya pernah terhentak di kepal… Baca lagi...
4 hari
Sulit
Saya mengalamai sakit kepala setiap malam dan kadang-kadang ia menganggu tidur saya kerana sakit yang teramat dan berdenyut di dalam kepala Isaya gadis berumur 20 tahun mengalami masalah sakit kepala setiap malam dan saya terpaksa tidur awal. Namun kadangkala sakit kepala itu semakin parah apabila terdapat hari-hari yang saya tidak … Baca lagi...
35 hari
Sulit
Kepala menekan dan sakit telinga Kepala belah kanan rasa menekan apabila bergerak atau pun tunduk dan rasa pedih sehingga di hidung apabila tunduk. Kedua2 telinga kadang2 berdenyut. Suhu naik turun Baca lagi...
19 hari
farahinn61
Sakit kepala tanpa sebab yamg datang lebih seminggu hai doktor. Saya berumur 20 tahun, saya pelik kerana lately sudah sminggu 2 saya asyik sakit kepala, saya sdh check darah tp darah ok , atas bwh tally. Saya nak tahu sbb apa saya sakit kepala ni… saki… Baca lagi...
24 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi