
eryhandryz
5 tahun
Sakit kepala sebelah kanan kepala
salam cik…sy mengalami sakit kepala sebelah kanan pada stress yg tinggi dan x dapat berfikir…dahulunya sy mengalami kemalangan dan berdarah parah di bahagian kening kanan…adakah itu kesan ye akibat kemalangan…atau kesan gegaran otak semasa kemalangan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan:
- Migrain - pencetus seperti makanan, minuman berkafein
- Sakit kepala tegang - kerana stress, perubahan suhu
- Pendarahan dalaman kepala
- Jangkitan kuman dalam kepala - seperti meningitis
- Anemia - kurang sel darah merah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.