Sulit
2 tahun
Sakit ketika seperti luka pada dubur ketika membuang air besar
Saya mengalami rasa pedih ketika membuang air besar, dan setiap kali mencuci akan terasa pedih seperti terluka.
perkara ini sudah agak lama dan baru-baru ini saya check di bahagian dubur saya ada kesan seperti luka dan pada pagi tadi selepas membuang air besar ketika mencuci saya dapati terdapat darah keluar pada bahagian dubur.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Buasir (hemorrhoid)
- Tisu dubur koyak (anal fissure)
- Fistula-in-ano
- Kanser usus
- Tahi yang keras
- Kurang mengambil makanan yang kaya dengan serat
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda boleh melakukan perkara ini untuk mengatasi masalah yang dialami:
- Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian
- Makan makanan yang kaya dengan serat
- Meminum air yang cukup
- Elakkan daripada meneran dengan terlalu kuat
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.