natashaamlizam
4 tahun
Sakit lutut di kedua-dua kaki
Selamat sejahtera Dr,saya perempuan berumur 16 tahun dan 2 tahun lepas saya mula rasa sakit bahagian lutut dan berbunyi ‘pop’ bila jalan,duduk atau berdiri lutut sering berbunyi …tetapi saya tidak pernah jatuh…mula2 saya fikirkan sakit lutut yang biasa2 sebab banyak berjalan tapi d sebabkn lutut sering sakit dan berbunyi sy mula letat minyak angin di bahagian lutut dan berharap agar tidk sakit lagi,tapi sebaliknya masi sakt…bila saya pergi ke hosp Dr cakap lutut tiada masalah apa2…sya mohon penjealsan dri Dr…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa penyebab sakit lutut bagi mereka yang berusia muda:
- Masalah berat badan
- Jangkitan sendi
- Ligamen lutut terkoyak akibat aktiviti lasak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada pihak kami dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.