Sulit
3 tahun
Sakit lutut golongan berusia
Hi doktor, ayah saya berumur 59 tahun dan belakangan ini sering mengadu sakit lutut. Sakit lutut ayah agak teruk dan menyukarkan pergerakan untuk berjalan.Ayah terpaksa menahan sakit sewaktu berjalan dan apatah lagi sekiranya ingin mendaki tangga. Persoalan saya, apakah yang dapat membantu untuk mengurangkan sakit lutut tersebut? Adakah perlu untuk mengambil ‘supplement’ atau menggunakan gel krim? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah sakit lutut adalah salah satu perkara yang sering dialami oleh masyarakat kita.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit lutut.Antaranya ialah:
- Cedera, misalnya cedera pada tulang rawan dan kerusakan tendon atau ligamen.
- Penyakit tertentu, seperti osteoartritis, penyakit asam urat, atau tendonitis.
- Perdarahan pada sendi.
- Infeksi, misalnya artritis septik.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.