Anonymous
6 tahun
Sakit Lutut Kanan apabila bergerak
Salam Doktor,
Saya seorang lelaki berusia 43 tahun. Sejak beberapa hari ini ada rasa sakit di lutut kanan sebelah tepi. Sakit & tidak selesa apabila berjalan dan juga semasa solat khususnya apabila sujud & duduk antara dua sujud. Sekarang apa2x pergerakan dah mula rasa sakit & tidak selesa.
Saya tidak jatuh atau buat apa2x senaman ianya berlaku tiba-tiba. Kalau ditekan juga sakit. Saya hanya cuba urut dan letak minyak atau bam sahaja.
Apakah mungkin puncanya? Apakah yang perlu saya lakukan?
Terima kasih
Amirul
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit lutut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Osteoarthritis (OA) disebabkan oleh tulang rawan di lutut yang mereput. Menisci (tulang rawan) akan sepenuhnya terhakis, dan tulang paha akan menggosok tulang tibia, tulang pada tulang dan ini akan menyebabkan sakit sendi yang terlalu sakit ketika berjalan.
Rheumatoid arthritis (RA) adalah penyakit tisu seluruh badan yang mempengaruhi banyak sendi, terutamanya lutut. Sakit sendi ini selalu terjadi bersama sakit di sendi lain seperti pergelangan tangan.
Arthritis Kristal (gout dan pseudogout) ialah sejenis arthritis yang sangat menyakitkan disebabkan oleh kristal tajam yang membentuk di lutut dan sendi yang lain. Kristal ini boleh mengakibatkan masalah dalam penyerapan atau metabolisme pelbagai bahan semulajadi seperti asid urik (yang menghasilkan gout) dan calcium pyrophosphate (pseudogout).
Bursitis . Akibat daripada trauma, jangkitan, atau deposit kristal, bursa lutut mungkin menjadi bengkak dan ini akan menghasilkan sakit sendi yang kronik jika rawatan tidak diberikan dengan cepat.
Jangkitan (infective arthritis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


















