
Anonymous
5 tahun
Sakit lutut selepas bersukan
Sy masih di sekolah menengah… Sy gemar bermain sukan…seperti hoki…sy kerap juga terkena bola hoki dilutut… Selps itu lutut sy sakit tetapi tidak sakit berterusn…sakit berkala… Cth mase brjln… Bermain…lutut sy berasa sakit… Sy ingin tanya perlukah sy mendapatkn rawatan?..

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Menurut soalan anda, lemah atau sakit lutut/sendi boleh disebabkan oleh :
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang
Untuk mengurangkan rasa lemah tersebut, anda boleh:
- elakkan mengangkat berat yang berlebihan
- amalkan pemakanan yang seimbang
- amalkan senaman dan fisioterapi
- pengambilan supplemen untuk menguatkan tulang seperti kalsium dan vitamin D
Jika kesakitan berterusan dan mengganggu aktiviti seharian, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan konsultasi serta rawatan yang sewajarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.