
Sulit
3 tahun
Sakit mata dan kelam
saya remaja perempuan berusia 15 tahun.kadang kadang apabila saya bangun dari duduk penglihatan saya akan kelam dan kadang kadang kaki saya rasa berat.dan sukar untuk berjalan saya juga akan mengalami sakit mata apabila menghadap gajet.saya harap doktor mempunyai penyelesaian untuk masalah saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya penglihatan anda kelam untuk beberapa saat semasa anda bangun dari duduk ia adalah gejala umum untuk perubahan pada tekanan darah, boleh disebab oleh beberapa perkara. Contohnya biasa atau normal, kegemukan, kurang darah, penyakit pada saluran darah, kencing manis dan lain.
Selain itu, gejala sakit mata anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya kekeringan mata dan ketegangannya selepas penggunaan alat elektronik berjangka panjang. Ia juga boleh disebab oleh perkara lain seperti kecederaan pada mata, jangkitan mata, keradangan mata dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.