Sulit
5 tahun
Sakit mata yang teruk apabila malam dan mengantuk
Hai sy lelaki berumur 21 tahun. Apabila malam dan mengantuk saya akan mengalami sakit mata yang teramat sehinggakan jika saya berdiri saya hampir jatuh kerana terlampau sakit. Sakit mata ini berlaku pada malam sahaja terutama sekali apabila saya mengantuk. Hal ini berlaku setelah mata saya bertahi dengan teruk lebih kurang 3 minggu sehinggakan saya sukar membuka mata di waktu pagi kerana tahi mata.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Lebih-lebih lagi jika masalah ini menganggu kualiti hidup anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





























