Sulit
3 tahun
Sakit pada bahagian bawah perut kiri dan kanan
Hi.saya berusia lewat 20’an dan sudah berkahwin. Selepas berkahwin, saya sering merasa sakit pada bahagian dalam perut sebelah kiri berdekatan dengan tulang pelvic. Kadangkala saya juga merasakannya sewaktu membuang air kecil. Selepas beberapa bulan, bahagian kanan saya juga rasa sakit yang sama.sakit akan lebih terasa ketika hendak duduk dan selepas beberapa saat sakit akan hilang.saya juga perasan sewaktu saya merasa sakit, badan saya dalam keadaan banyak angin.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai sakit pada bahagian bawah perut sebelah kiri terutama ketika membuang air kecil dan juga menghadapi gejala yang sama pada bahagian kanan. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh dijelaskan yang berkait dengan masalah anda iaitu:
- Masalah pada ovari seperti penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur serta sakit yang diperihalkan di atas.
- Masalah salur buah pinggang sama ada batu karang, keradangan, atau jangkitan kuman yang boleh menggangu pembuangan air kecil.
- Ketegangan otot perut yang boleh disebabkan oleh kecederaan atau keletihan.
- Masalah usus seperti keradangan (IBD), ketumbuhan ruang angin pada dinding (Diverticulosis), tersumbat dan juga kanser usus.
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Penyakit keradangan pada ruangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STD (Sexual transmitted disease) ataupun jangkitan UTI (Urinary tract infections)
- Masalah buah pinggang seperti rosak atau keradangan.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini sekiranya perkara ini berlarutan atau semakin teruk bagi mendapatkan punca masalah yang lebih tepat dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Sementara itu, sila pantau simptom-simptom yang lain seperti yang berikut:
- Masalah pembuangan air kecil seperti kerap ke tandas atau kencing busuk atau berdarah
- Masalah penghadaman dan pembuangan air besar atau najis yang abnormal seperti najis berdarah.
- Haid yang tidak teratur
- Keletihan dan tidak bermaya
- Demam dan sakit kepala berlarutan
- Kegatalan atau bengkak pada alat kelamin.
- Muntah dan loya
- Pembesaran perut yang mendadak dan penurunan berat badan yang drastik.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.