ezzahnurafiqah26
3 tahun
Sakit pada bahagian belakang pinggang dan belikat
Saya wanita berumur 18 tahun, sudah 2kali saya tidak uzur, kalau ikut jadual perkiraan haid saya.Dalam tempoh Itu juga saya selalu sakit pinggang terutamanya, saya tak boleh duduk lama sangat, dalam setengah jam atau lebih mesti sy kene berdiri atau baring, sebab nak legakan semula, Saya ingatkan tu simptom uzur, tapi tak uzur pun. Saya juga ada penyakit kencing kotor yang tak kronik, tpi simptom nye tak sama, kalau sy terkene kencing kotor mesti saya akan sakit perut, mulas ii, kencing sakit dan pada bahagian bawah pun sakit, pening dll, oleh disebabkan itu saya tidak pasti apa masalah yang saya hadapi,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda sedang mengalami masalah haid tidak teratur atau haid lewat.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sakit pinggang yang anda alami juga boleh berkaitan dengan masalah pada sistem peranakan anda iaitu sama ada, rahim atau ovari. Namun ia juga baoleh disebakan masalah pada struktur otot, tulang atau saraf pada bahagian pinggang.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi dengan doktor kami melalui atas talian. Terima kasih.


























