
azaleaani
5 tahun
Sakit perut bahagian kanan atas berhampiran rusuk
Saya ada gastrik, kemudian mengalami masalah angin dan telah dapatkan ubat untuk keluarkan angin tetapi kini merasa sakit pada bahagian perut kanan atas berhampiran rusuk. Saya ada berurut dan banyak keluar angin, tapi masih ada rasa sakit2 lagi. Saya tidak alami masalah buang air besar atau kecil, tidak demam atau sakit hingga ke pinggang atau belakang, hanya sakit di kawasan perut kanan atas sahaja. Kenapa ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, sakit perut sebelah kanan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara:
- Masalah berkaitan sistem peranakan seperti masalah pada ovari
- Masalah pada buah pinggang
- Masalah pada perut atau usus
- Masalah otot atau tulang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.